Loading...
Info Perkhidmatan

Dasar Privasi

  16 Aug 2024 (Friday)

Dasar Privasi Aplikasi eWarga Emas

Pengenalan

Aplikasi eWarga Emas (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi") adalah platform yang dibangunkan untuk memudahkan penyediaan dan pengurusan perkhidmatan kepada warga emas di Malaysia. Aplikasi ini membolehkan pengguna (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") mengakses maklumat mengenai perkhidmatan yang tersedia, mendaftar untuk kemudahan, dan berhubung dengan penyedia perkhidmatan.

eWarga Emas dimiliki dan dikendalikan oleh Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Maklumat Peribadi

Aplikasi ini tidak akan merekodkan Data Peribadi Pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh Pengguna. Maklumat yang diberikan oleh Pengguna digunakan untuk tujuan penyediaan perkhidmatan dan komunikasi yang relevan. Maklumat ini tidak dikongsi dengan pihak ketiga selain daripada tujuan yang dinyatakan.

Maklumat Yang Dikumpul

Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan secara sukarela oleh Pengguna semasa proses pendaftaran, penggunaan perkhidmatan, dan interaksi dengan aplikasi. Data yang mungkin dikumpul termasuk:

  • Pendaftaran Pengguna
    • Nama
    • Alamat
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor Telefon
    • Tarikh Lahir
    • Alamat E-mel
    • Jantina
  • Penggunaan Perkhidmatan
    • Nama
    • Nombor Telefon
    • Lokasi
    • Maklumat perkhidmatan yang diminta
  • Komunikasi dan Sokongan
    • Nama
    • Nombor Telefon
    • Alamat E-mel
    • Butiran permintaan atau aduan

Tujuan Pengumpulan Data

Data peribadi yang dikumpul digunakan untuk tujuan berikut:

  • Menyediakan perkhidmatan yang diminta oleh Pengguna
  • Berkomunikasi dengan Pengguna mengenai perkhidmatan dan maklumat penting
  • Memproses permohonan dan aduan
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pengguna
  • Mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan yang berkaitan

Kerahsiaan

Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan undang-undang yang berkenaan. Data Peribadi tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke luar Malaysia untuk tujuan komersil.

Keselamatan Data

Aplikasi ini menerapkan langkah keselamatan yang tinggi untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat Pengguna. Data dalam transit disulitkan dan data yang disimpan dilindungi dengan ciri keselamatan yang sesuai.

Data Tanpa Nama

Aplikasi ini mungkin mengumpulkan data tanpa nama mengenai peranti dan sistem operasi Pengguna (cth.: model peranti, versi OS) untuk membantu dalam penambahbaikan Aplikasi.

Perubahan kepada Dasar Privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, ia akan dikemaskini di halaman ini. Pengguna disarankan untuk menyemak dasar privasi ini secara berkala untuk sebarang perubahan.