Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) atau Lifelong Learning merupakan satu proses pendidikan yang merangkumi program kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan.
PSH ditakrifkan sebagai segala aktiviti pembelajaran yang dilakukan sepanjang hidup, dengan tujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, dalam aspek yang berkait dengan peribadi, sosial atau pekerjaan tanpa mengira had umur.