TERMA & SYARAT PENYEDIA PERKHIDMATAN SISTEM WARGA EMAS (eWARGA EMAS)
Borang Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
beserta sesalinan rekabentuk iklan dalam bentuk salinan lembut (softcopy).
Segala permohonan pengiklanan akan diproses dan dipertimbangkan kecuali iklan-iklan yang
mengandungi perkara berikut:
Iklan yang bertentangan dengan undang-undang syariah dan mana-mana undang-undang di
Malaysia seperti pornografi, dadah, bahan memabukkan, perjudian dan sebagainya.
Bahan iklan yang bersifat penipuan seperti skim cepat kaya atau “Phishing”
link dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi pelawat.
Iklan yang menggunakan gambar-gambar tidak bermoral atau ayat-ayat yang tidak
bermoral seperti menggunakan gambar lucah atau ayat lucah
Iklan yang bertujuan untuk memalukan atau merendah-rendahkan sesuatu pihak lain.
Iklan yang menyentuh sensitiviti kaum atau agama.
Apa-apa Perkhidmatan yang tidak boleh diiklankan berdasarkan Garis Panduan
Mengelakkan Iklan Palsu Atau Mengelirukan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Apa-apa jenis iklan lain yang bertentangan dengan dasar Kerajaan yang diputuskan
dari semasa ke semasa.
JKM tidak akan bertanggungjawab atas segala kandungan iklan atau link yang diberi
oleh pihak penyedia perkhidmatan samada dari segi kualiti atau jumlah pelawat dan apa-apa
kesan yang berlaku atas perniagaan penyedia perkhidmatan adalah ditanggung sepenuhnya oleh
penyedia perkhidmatan.
Gambar, video, teks dan apa-apa iklan disediakan oleh pihak penyedia perkhidmatan sendiri
tertakluk kepada kelulusan JKM.
Tempoh pengiklanan adalah mengikut tempoh dan kadar yang telah dipersetujui bersama dan
perlu diperbaharui apabila tamat tempohnya. Kegagalan untuk memperbaharui akan menyebabkan
iklan tersebut dipadam secara automatik tanpa merujuk kepada penyedia perkhidmatan dahulu.
Pihak penyedia perkhidmatan dibenarkan membuat permohonan untuk mengubahsuai kandungan iklan
maksimum sebanyak tiga(3) kali sahaja sepanjang tempoh pengiklanan.
JKM berhak menolak mana-mana iklan dengan apa jua sebab dan juga berhak memadam mana-mana
iklan tanpa merujuk kepada pihak penyedia perkhidmatan terlebih dahulu sekiranya pihak
penyedia perkhidmatan melanggar mana-mana syarat-syarat pengiklanan.
Pihak penyedia perkhidmatan boleh memilih untuk mengiklankan dalam Bahasa Malaysia atau
Bahasa Inggeris sahaja. Walau bagaimanapun, penggunaan Bahasa Kebangsaan hendaklah
diutamakan.
JKM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang produk, perkhidmatan atau kualiti produk
atau perkhidmatan yang diberikan oleh pihak penyedia perkhidmatan termasuk sebarang isu
dalam proses penghantaran.
Segala terma dan syarat di atas adalah kekal berkuatkuasa melainkan terdapat sebarang
pindaan di buat ke atas mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan di atas. JKM berhak untuk
membuat apa-apa penambahan atau pindaan pada terma dan syarat ini tanpa perlu memberi
apa-apa notis kepada penyedia perkhidmatan terlebih dahulu.
Dengan tersiarnya iklan daripada pihak penyedia perkhidmatan di sini, JKM menganggap pihak
penyedia perkhidmatan telahpun bersetuju menerima terma dan syarat ini beserta perkara
berikut:
Pihak penyedia perkhidmatan hendaklah menyerahkan laporan penggunaan perkhidmatan
yang disediakan berdasarkan format laporan yang dilampirkan setiap 10hb setiap
bulan.
Kegagalan pihak penyedia perkhidmatan untuk menyerahkan laporan tersebut melebihi
tiga (3) bulan akan menyebabkan iklan dipadamkan.