Definisi Warga Emas
Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna.
Perkhidmatan Luar
Perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini ialah:
Bantuan Kewangan
Bantuan Warga Emas (BWE) yang diberikan RM500 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.
Kelayakan Bantuan:
Cara Pemohonan
Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email. Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di bahagian Direktori di portal web ini.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), gambar berukuran passport dan dokumen sokongan lain (jika ada).
Bantuan Alat Tiruan
Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT / AS)
Perkhidmatan Institusi
Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan
Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Emas Kebangsaan.
Akta Berkaitan:
Dasar / Pelan Yang Berkaitan:
Kaedah Berkaitan:
MAJLIS PENASIHAT DAN PERUNDINGAN WARGA EMAS NEGARA (MPPWEN)
Pelaksanaan DWEN dan PTWEN menjadi agenda tetap dalam mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN). MPPWEN telah ditubuhkan untuk memantau keberkesanan program/aktiviti yang berkaitan dengan golongan warga emas bagi merealisasikan DWEN. Keanggotaan dalam Majlis ini adalah terdiri daripada wakil Kementerian, swasta, pertubuhan bukan Kerajaan serta pakar dalam bidang berkaitan dengan warga emas. Majlis dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Di bawah MPPWEN ditubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPWKM dan Ahli Jawatankuasa terdiri daripada wakil pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dalam program pembangunan warga emas. Pengerusi jawatankuasa kecil menjadi ahli dalam Jawatankuasa Teknikal. Sebanyak 7 jawatankuasa ditubuhkan iaitu:
Ahli MPPWEN dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam tempoh dua (2) tahun. Majlis diurus setiakan oleh Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
PENGENALAN
Salah satu program yang dikenalpasti dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara adalah pewujudan Pusat Aktiviti Warga Emas yang dulunya dikenali sebagai Pusat Jagaan Harian Warga Tua (PJHWT).
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas yang melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
PAWE disasarkan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas dan sihat serta dapat menguruskan diri. Program di PAWE menekankan pada pembangunan potensi yang ada pada golongan warga emas dari segi keupayaan mereka yang masih sihat dan bertenaga untuk menyumbang khidmat bakti dan kepakaran mereka kepada komuniti setempat.
OBJEKTIF
KONSEP
Konsep penubuhan dan pengoperasian PAWE adalah berteraskan kepada beberapa elemen iaitu:
KUMPULAN SASAR
Penerimaan pelbagai lapisan masyarakat terhadap perkhidmatan PAWE ini telah menyebabkan kumpulan sasar PAWE ini dikembangkan bagi membolehkan kemudahan ini dinikmati oleh semua. Sehubungan itu, kumpulan sasar bagi PAWE ini adalah terbahagi kepada dua iaitu:
Secara Langsung
Warga emas yang sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
Secara Tidak Langsung
Ahli komuniti setempat seperti kanak-kanak, remaja, wanita, Orang Kurang Upaya (OKU), keluarga dan komuniti rentan dan sebagainya.
PENGENALAN
Program UPWE adalah kemudahan pengangkutan untuk golongan warga emas yang sihat atau yang kurang upaya/ kemampuan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan sama ada yang disediakan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta dan mendapatkan kemudahan sokongan sosial yang lain seperti ke pejabat pos, bank dan sebagainya. UPWE ini disasarkan kepada warga emas yang berada di dalam komuniti.
Pada masa ini hanya terdapat 9 buah kenderaan yang ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Warga emas perlu menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas / Rumah Sejahtera berkaitan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.
OBJEKTIF UPWE
NEGERI | BIL | PERKARA |
KELANTAN | 1 | RSK Taman Kemumin Kelantan Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, 16010 Kota Bharu, Kelantan. Tel : 09-773 8388 / Faks : 09-773 4018 Emel : rsk_kelantan@jkm.gov.my |
MELAKA | 1 | Rumah Seri Kenangan Cheng KM 12, Jalan Cheng Baru 75250 Melaka Tengah, Melaka. Tel : 06-3121179 / Faks : 06-3121402 Emel : rsk_cheng@jkm.gov.my |
NEGERI SEMBILAN |
1 | Rumah Seri Kenangan, Seremban Jalan Han Hui Foong 70200 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 06-775 0659 / Faks : 06-775 0956 Emel : rskseremban@jkm.gov.my |
PERAK | 1 | Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar Puncak Iskandar, Tel : 053731530 / Faks : - Emel : - |
SELANGOR | 1 | Rumah Seri Kenangan Cheras KM 18, Jalan Cheras, Kajang, Tel : 03-8741 8985 / Faks : 03-8739 2917 Emel : rsk_cheras@jkm.gov.my |
2 | Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu Jalan Sinaran, Kuala Kubu Bharu, Tel : 03-6064 1585 / Faks : 03-6064 5192 Emel : re_kkb@jkm.gov.my | |
TERENGGANU | 1 | Rumah Ehsan Dungun Bandar Al- Mukhtafi Billah Shah 23400 Dungun, Terengganu. Tel : 09 - 822 2569 / Faks : 09 - 822 2570 Emel : re_dungun@jkm.gov.my |
EVERSHINE ELDERLY HOME CARE CENTRE
No. Pendaftaran : B/PJB WT 009/2024 (Tarikh Tempoh : 08.05.2024 - 07.05.2029) - Kediaman / Persendirian
NO. 59, JALAN TEMPLER, SEKSYEN 6, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR
46000 Petaling, Selangor.
Tel : 03-77815433
Faks : -
Emel : -
PUSAT JAGAAN ORANG TUA LOK LENG
No. Pendaftaran : B/PJB WT 008/2024 (Tarikh Tempoh : 08.05.2024 - 07.05.2029) - Kediaman / Persendirian
LOT 527, JALAN PERMAI 24, KAMPUNG TASIK PERMAI, 68000 AMPANG, SELANGOR
68000 Hulu Langat, Selangor.
Tel : 012-3026583
Faks : -
Emel : -
HUAIDER CARE CENTRE
No. Pendaftaran : B/PJB WT 007/2024 (Tarikh Tempoh : 08.05.2024 - 07.05.2029) - Kediaman / Persendirian
L-1-01, SILK SKY, JALAN KB 2/15, KAMPUNG BARU BALAKONG, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR
43300 Hulu Langat, Selangor.
Tel : 018-9602883
Faks : -
Emel : -
Golden Apple Care Centre
No. Pendaftaran : A/PJB WT 030/2024 (Tarikh Tempoh : 07.05.2024 - 06.05.2029) - Kediaman / Persendirian
No. 30, 32 & 32A, Jalan Seroja 1
Taman Pusing Baru
31550 Pusing
31550 Kinta, Perak.
Tel : 011-26282313
Faks : -
Emel : -
HARI INI
18
MINGGU INI
18
BULAN INI
47
KESELURUHAN
8786